Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.
Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri daripada para sahabat, tabi'in, tabii at-tabi'in yang telah begitu berjasa kepada mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini.
4.1.1 Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dasyat kekufurannya daripada iblis.
Syeikh Mufid berkata: "Golongan Imamiah sepakat bahawa semua pendokong-pendokong bidaah adalah kafir." (Awaailu al-Maqalat, Hal: 15).
Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang sangat benar) berkata: "Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai) Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis." (Ikmalu ad-Din, Hal: 13)
4.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan Syiah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita." (Ar-Raudhah min al-Kafi, Hal: 135).
Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu Al-Anwar, jilid 24 Hal: 311.
4.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi menulis:
"Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah lebih hina daripadanya lagi."
(Haqqu al-Yaqin, jilid 2 Hal: 536).
4.1.4 Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi Abdillah, kata beliau: "Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami." (Tahzibu al-Ahkam, jilid 4 Hal: 122-123).
Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala sesuatu yang dimilikinya adalah halal. (Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2 Hal:48)
Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya Wasailu as-Syiah, jilid 6 Hal: 340.
4.1.5 Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini berkata, "Ada Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka terhadap risalah." (Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 118).
4.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini: "Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan Nashibi walapun ia menyatakan Islamnya." (Ibid, jilid.2 Hal: 146).
Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam? Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan, suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang berpanjangan di antara satu dengan yang lain?.
Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah ke dalam masyarakat umat Islam.
4.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah khurafat dan tahyul serta mengamalkannya.
4.2.1 Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram. Bersembahyang dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala yang besar.
Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali a.s. Sesungguhnya Ali a.s. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah." (Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2 Halaman: 498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-
Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata: "Membelanjakan satu dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan mengerjakan 100 rakaat di tempat lain." (Ibid)
4.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja di dunia ini. Jarang sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan berbagai-bagai jenis penyakit.
Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain termasuklah tanah kubur Rasulullah s.a.w. dan para Imam. yang lain. Khomeini berkata: "Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur penghulu kita Abi Abdillah al-Husain a.s. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang putih yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini, tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi s.a.w. dan tanah kubur para Imam a.s. yang lain." (Tahriru al-Wasilah, jilid 2 Hal: 164).
4.2.3 Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi dan menganggap sunat mandi pada hari itu.
Khomeini berkata: "Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu) ialah mandi dua hariraya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari Nauruz." (Tahriru al-Wasilah, jilid 1 Hal: 98-99).
4.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan Sayyidina Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran.
4.3 Keganasan Akan Berlaku Dikalangan Ummah.
4.3.1 Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya: "Aku berkata kepada Abi Abdillah a.s. apa katamu tentang membunuh Nashibi?" Beliau berkata: "Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah." (Ibn Babwaith Ilalu as-Syara' Hal: 200, Wasailu as-Syiah, jilid 18 Hal: 163, Biharu al-Anwar, jilid 27 Hal: 231).
At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq tidak menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan: "Di antara mereka ada yang aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian membunuhnya. Ada juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya pada waktu malam, apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara mereka yang aku temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa pun." (Rijal Kasyi, Hal: 343).
4.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.
Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syiah akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. (Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, Hal: 100).
Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih mereka. (Kitab al-Ghaibah, Hal: 155, Biharu al-Anwar, jilid 52 Hal: 349).
4.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebutnya bahawa: "Apabila Imam Mahadi muncul dia akan merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya: "Mereka inilah pencuri-pencuri Kaabah."
(al-Irsyad Hal: 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, Hal: 282)
4.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari Islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.
4.4.2 Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam dengan upacara-upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi atas upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.
4.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa dirinya Islam suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari berlakunya tragedi pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin Mudzahir al-Wasiti meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qom dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Mahadi dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata: "Hari Kebangsaan, Hari Penghormatan, Hari Kelepasan Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan."
Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Majusi.
4.5. Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai lagi kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak, pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang bertanggungjawab mengubah kandungan al-Quran dan memalsukan hadis-hadis.
Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu mereka akan menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang dipercayai oleh orang-orang komunis.
------------
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
Tidak ada komentar:
Posting Komentar