Sabtu, 08 Maret 2008

[psikologi_transformatif] Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?



Ditulis oleh Pengendali Laman
  
Saturday, 25 August 2007

Judul Asal : Lillahi Tsumma Li at-Tharikh (Untuk Allah Kemudian Untuk Sejarah)
Judul Buku : Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?
Penulis : Sayid Husain al-Musawi
Penerbit : CV. Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur,August 2002
Pengedar : Pustaka Indonesia, Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------------

Peristiwa di mana Ulama'-Ulama' besar Syi'ah keluar
dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi
malah ada di antara mereka yang disembelih dan
dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka
bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini.
Antara tokoh-tokoh Syi'ah yang bertaubat adalah
Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani,
Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi,
Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan
lain-lain lagi.


Buku yang sedang diulas ini adalah
berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang
mujtahid dari alirang Syiah yang kemudiannya
mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat
dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau
mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari
kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Sayid Hussain al-Musawi dilahirkan di Karbala dan
mendapat pendidikan di kota ilmu (hauzah) di Najaf.
Beliau telah lulus dengan cemerlang di situ dan
dianugerahkan derajat Ijtihad oleh tokoh besar Ulama'
Syi'ah iaitu Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif
al-Ghita.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika
pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan
percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam
kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba
menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri
beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman
dan sedikit ilmu. Pernah beliau melontarkan keraguan
beliau kepada salah seorang tokoh di Hauzah dan tokoh
itu hanya menjawab "jauhkanlah keraguan itu dari
dirimu, kamu adalah pengikut Ahlul Bait AS, sedangkan ahlul
bait menerimanya (agama syiah) dari Muhammad SAW, dan
Muhammad SAW menerimanya dari Allah SWT." Beliau
merasa tenang sebentar namun perasaan berkecamuk
antara kebenaran dan kebathilan syiah sentiasa bermain
di jiwa beliau. Semakin mendalam pengajian beliau
semakin banyak permasalahan timbul dan semakin
bergelora perang batin dalam jiwa beliau. Setelah
tamat pengajian di Hauzah perang batin dalam jiwa
beliau berterusan.

Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau
mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang
komprehensif dan mengkaji ulang seluruh materi
pelajaran yang pernah beliau dapatkan. Beliau membaca
sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab
Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau
tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau
simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu
keputusan. Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang
bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa
masanya juga sudah tiba untuk beliau mengistihar
keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat
kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan
kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang
telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah
tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran
walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku
yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang
menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan
sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi
musuh-musih Islaam untuk melemahkan Islaam dari dalam
seperti musuh dalam selimut. Antara topik menarik yang
beliau kupaskan adalah seperti berikut :

a) Abdullah Ibnu Saba' satu individu fiktif/rekaan
yang dicipta oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam rangka
untuk memburukkan Syi'ah. benarkah begitu? Apa kata
sumber Syi'ah sendiri mengenai Abdullah Ibnu Saba.

b) Kata-kata kecaman dari kalangan Ahlul Bait sendiri
terhadap Syi'ah. Beliau telah menurunkan kata-kata
kecaman dari Saidina Ali RA, Saidatina Fathimah RA,
Al-Hassan RA, al-Hussain RA dan Imam-Imam dari
kalangan Ahlul Bait terhadap Syi'ah. Benarkah Syi'ah
ini pembela Ahlul Bayt atau mereka sebenarnya
pemusnah/penghina Ahlul Bait? Kita lihat sendiri
Riwayat-riwayat syi'ah yang menghina Rasulullah SAW
dan Ahlul Baitnya. Apakah kaitan Syi'ah di Kufah
dengan tragedi pembunuhan Saidina Hussain RA?
Kesemuanya riwayat-riwayat tentang hal ini di ambil
dari sumber syi'ah sendiri!

c) Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan
bagaimana Syi'ah menghalalkan perzinaan dengan
menggunakan Nikah Mut'ah, bagaimana perempuan
diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu
atas nama Mut'ah. Sungguh menjijikan sekali.
Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut'ah
Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak
bawah umur dan apakah pandangan Ulama' syi'ah
akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan
Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum
tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa
Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali RA yang
menyatakan bahawa Mut'ah telah diharamkan pada hari
Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber
Syi'ah sendiri!

d) Bagaimana Harta Khumus (1/5 bahagian untuk Ahlul
Bayt) telah dipergunakan untuk kemewahan Ulama'-Ulama
Syi'ah.

e) Apakah pandangan mereka tentang al-Quraan? Adakah
al-Quraan yang ada pada kita hari ini lengkap?
Wujudkah al-Quraan yg lain selain dari apa yang kita baca hari
ini?

f) Apakah pandangan Syi'ah terhadap Ahlus Sunnah Wal
Jamaah. Siapakah yang berkata kalimah ini, "Mereka
(ASWJ) adalah orang-orang kafir yang najis berdasarkan
Ijma' ulama' Syi'ah Imamiyah. Mereka lebih jahat dari
Yahudi dan Nasrani."?

g) Pengaruh Yahudi, Majusi dan lain-lain dalam Syi'ah

h) al-Qaim (Imam Mahdi) menurut Riwayat Syi'ah yang
menyerupai watak Dajjal dan banyak lagi
perkara-perkara yang menggemparkan. Kesemuanya diambil
dari sumber rujukan Syi'ah sendiri.

Insya-Allah buku ini amat berguna sekali untuk mereka
yang telah terpengaruh dengan Mazhab Ahlul Bait /
Syi'ah di Malaysia ini dan juga untuk kita yang
mungkin akan didatangi oleh da'i-da'i Syi'ah. Syaikh
Mamduh Farhan al-Buhairi seoarang pakar tentang Aliran
syi'ah juga berkata sebagai kata Pengantar untuk buku
ini, "Ini (buku Lillahi Tsumma Li at-Tharikh) saya
kirimkan kepada orang-orang yang masih berbaik sangka kepada
Syi'ah dan yang menuntut agar menggauli mereka dengan
baik dan lemah lembut, akibat kebodohan mereka
terhadap al-Quraan dan sunnah Nabi SAW. Semoga mereka
diberi petunjuk oleh Allah dan mempelajari Islam lebih
dalam."

Selamat Membaca.

ABU IQBAL

----------------
Sumber > http://hafizfirdaus.com/content/view/68/54/

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Kickstart

Sign up today!

Your school could

win a $25K donation.

Y! Messenger

Group get-together

Host a free online

conference on IM.

Best of Y! Groups

Check out the best

of what Yahoo!

Groups has to offer.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: