Selasa, 19 Februari 2008

[psikologi_transformatif] BAHAYA SYIAH KEPADA AKHLAK

BAHAYA SYI'AH KEPADA AKHLAK

3.1           Kebiadaban dan penghinaan

3.1.1.  Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

 

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-Anwar daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali: "Wahai Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar. Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya." (Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5 Hal 511).

 

Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta atas nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan menjadikannya sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam." (Kitabu al-Hujjah Min al-Kafi, jilid 1 Hal: 175).

 

Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata: "Kami pernah bersama Abi Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail, maka Abu Abdullah berkata: "Adakah mata-mata gelap mengikut kita?" Kami pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliau pun berkata: "Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3 kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khadir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka berdua dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau. Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat." (Usul Kafi, jilid 1 hal: 261).

 

Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq: "Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang." (Ibid)

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali. (Tafsir Nurrul Tsaqalain jilid 3 Hal: 435)

 

3.1.2    Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.

 
Maulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, "Hayatu al-Qulub" bertajuk "Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan Aisyah dan Hafsah" (jilid 2 Hal: 610 – 612). Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Ja'afar Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah s.a.w. dengan meracuni Baginda.

 

Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini bunyinya, "Maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan memberikan racun kepada Baginda." (Ibid).

 

3.1.3    Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah S.A.W yang lain.

 
Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini.

 

Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. (al-Raudhah Min al-Kafi jilid.8, Hal 245)

 

Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai "Khatimatu al-Muhadditsin" di kalangan Syiah bahawa, maksudnya:-

"Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman." (Hayatul Al-Qulub, jilid 2, Hal: 640).

 

 

3.2           Diantara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah "Taqiyyah".

 
Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie berkata: "Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syiah."

 

3.2.1    Syiah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-Sadiq berkata: "Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek moyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah."(al-Kafi, jilid 2 Hal:223).

 

3.2.2    Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Ja'afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: "Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih disukai olehku daripada taqiyyah."

 

3.2.3    Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata: "Allah mengangkatkan darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah." (Usul Kafi, jilid 2 Halaman: 217).

 

3.2.4    Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Ja'afar as-Sadiq beliau berkata: "Sesungguhnya sembilan persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan menyapu khuf". (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 217)

 

3.2.5    Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja'afar as-Sadiq bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah." (al-Kafi, jilid 2 Halaman: 222).

 

3.2.6    Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata: "Tiada agama bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah." Maka beliau ditanya: "Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)?" Beliau menjawab: "Sampai hari tertentu, iaitu munculnya Imam Mahadi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar Imam Mahadi, bukanlah ia dari kalangan kami." (Kasyful Ghummah al-Ardabili, Hal: 341).

 

3.2.7    Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikerasi seperti yang berlaku pada Ammar bin Yasir.

 

Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata: "Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq a.s.). Pada ketika itu disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya: "Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh." Maka beliau pun berkata kepadaku: "Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini." Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan: "Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini."

 

Maka Abu Hanifah pun menta'birkan mimpiku dengan berkata: "Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah." Mendengar ta'bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata: "Demi Allah! Tepat ta'birmu itu, wahai Abu Hanifah!" Berkata Muhamad bin Muslim: "Tak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku berkata kepadanya: "Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada ta'bir nasib ini." Lalu ia berkata: "Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah tidak memburukkan padahmu! Ta'bir mereka tidak akan menepati ta'bir kita dan ta'bir kita pula tidak akan menepati ta'bir mereka, ta'bir mimpiku yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya."

 

Muhammad bin Muslim berkata: "Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-Sadiq): "Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi, "Tepat ta'birmu" dan engkau besumpah pula atas ta'birnya padahal dia salah?" Beliau berkata: "Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah." (al-Kafi, jilid 8 Halaman: 292).

 

Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-Sadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.

                  

3.2.8    Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya: "Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam keadaan taqiyyah." (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 186)

 

Dia berkata lagi: "Dan sengaja mengucapkan 'amin' selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya." (Tahriru al-Wasilah jilid 1 Halaman: 190).

 

---------------------------
Sumber >  http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/syiah/bahayasyiah.htm#3.____________________________BAHAYA_KEPADA_AKHLAK_



__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Kickstart

Sign up today!

Reconnect with

college alumni.

Y! Messenger

Quick file sharing

Send up to 1GB of

files in an IM.

All-Bran

10 Day Challenge

Join the club and

feel the benefits.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: