Minggu, 17 Februari 2008

[psikologi_transformatif] BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH

1.1.1    Aqidah Syirik Dengan Allah

1.1.2    Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam "Ushul Kahfi" dari Abi Abdillah, kata beliau:-

"Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya."( al-Kafi jilid 1 hal :409, bab "dunia ini semuanya kepunyaan Imam"). Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:-

"إن الأرض لله يوثرها من يشآء من عباده"

"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya" ( al-A'raf Ayat 128)

Allah berfirman:-

"لله ملك السموات والأرض"

"KepunyaanNyalah kerajaan langit dan bumi….."(al-Hadid Ayat 2)

 

1.1.3    Allah menyatakan sifatnya dalam al-Quran sebagai yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firmanNya:-

"هو الأول والأخر والظاهر والباطن"

"Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin"( al-Hadid Ayat 3)

Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali r.a berkata:-

" انا الأول وانا الأخر وانا الظاهر وانا الباطن وانا وارث الأرض"

"Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan akulah yang batin, akulah pewaris bumi…….."(Rijal al-Kasyi hal :211)

Sedangkan Allah berfirman:-

" انا نحن نرث الأرض ومن عليها"

"Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di atasnya…….."( Surah Maryam Ayat 40)

 

1.1.4    al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-Baqir berkata: "Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan rahmat kepada hambaNya." (Usul Kafi Hal.83). Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja'far as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata: "Akulah pembahagi syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku, aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku." (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi j.1 hal:197)

Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :-

" كل شىء هالك الا وجهه"

"Segala sesuatu akan binasa kecuali wajahNya………."( al-Qashah Ayat 88),

meriwayatkan bahawa Ja'far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini dengan: "Kamilah wajah Allah itu."

 

1.1.5    Al-Kulaini mengadakan satu bab yang tajuknya berbunyi:-

"Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun".

Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja'afar as-Sadiq bahawa beliau berkata:

"Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang." (Ibid jilid 1 hal 261)

 

1.1.6    Di dalam kitab yang sama tersebut bahawa para Imam boleh menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah. ( al-Ushul Min al-Kafi jilid1 hal:441) Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:-

" يا أيها النبيٌ لم تحرم ما احل الله لك "

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu………"(at-Tahrim Ayat 1)

Ini bermakna Syiah menyengutukan Allah dengan para Imam mereka dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata:-

 

"Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujjah dari pihak Allah kepada makhlukNya." (al-Usul Min al-Kafi jilid hal:285)

Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:-

" قل لا يعلم من في السموات والأرض الغيب إلا الله"

"Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah" (al-Naml Ayat 65)

Di sinilah Syiah menyengutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam mengetahui perkara ghaib.

 

 atas 

 

 

1.2            Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada'.

Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba'.

1.2.1 Bada' bermakna:

(a)   Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah yang berbunyi:-

"وبدا لهم من الله ما لم يكونوا يحتسبون"

"Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh mereka" (Surah Az-Zumar Ayat 47)

 

(b)  Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai dalam firman Allah yang berbunyi :-

" ثم بدا لهم من بعد ما رأو الأيت ليسجننه حتى حين"

"Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa" (Surah Yusuf , Ayat 35)

 

Kesimpulannya Bada' bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada'.

 

Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: "Aku mendengar ar-Ridha a.s berkata: "Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-Bada'." ( al-Usul Min al-Kafi jilid 1 hal.148)

 

Hakikat Bada' ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja'afari katanya: "Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan a.s. sepeninggalan anaknya Abu Ja'afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja'afar dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan Ismail bin Ja'afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja'afar). Tiba-tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi hatiku kepadanya, terus dia berkata: "Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu Ja'afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat Imamah." (al-Usul Min al-Kafi jilid 1 hal: 327).

 

An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja'afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja'afar pun berkata: "Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada') berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku." (Firaq as-Syiah hal. 84).

 


 

1.2.2    Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada' ini golongan Syiah mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir bahawa Nabi Luth a.s. juga bimbang akan berlaku Bada' pada Allah sehingga Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk menyiksa kaumnya supaya menyegerakan penyiksaan terhadap mereka sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut di dalam riwayat itu:-

 

Luth berkata kepada mereka: "Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?"

Para Malaikat menjawab: "Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke atas mereka pada dinihari nanti."

Nabi Luth berkata: "Aku ada hajat dengan kamu."

Mereka tanya: "Apakah hajatmu itu?"

Nabi Luth berkata: "Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga kerana aku bimbang akan berlaku Bada' kepada Tuhanku tentang mereka."

Para malaikat berkata: "Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu sudah hampir?"(al-Furu' Min al-Kafi Jilid 5 Hal: 546).

 

1.2.3.  Al-Bada' mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata: "Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah kepada Allah yang menyamai al-Bada'." (al-usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 146).

 

Daripada Ja'afar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata: "Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al-Bada'." (Ibid).

 

Dari Ja'afar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata: "Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan dan mempercayai al-Bada' tentulah mereka tidak jemu-jemu memperkatakannya." (al-Usul Min al-Kafi Jilid 1 hal: 148).

 

Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah s.w.t dan menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah sedangkan Allah s.w.t telah berfirman:-

" وأن الله قد احاط بكل شيء علما"

"Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu". (al-Talaq Ayat 12).

 

Firman Allah s.w.t:-

" والله بكل شىء عليم "

"Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu". (Surah An Nisa' Ayat 176)

 

Firman Allah s.w.t:-

" إن الله لا يخفى عليه شىء في الأرض ولا في السمآء"

"Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada Allah baik di bumi mahupun di langit". (Surah Ali Imran Ayat 5).

 

Firman Allah s.w.t:-

" هو الله الذى لآاله إلا هو عالم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم"

"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha penyayang". (Surah al-Hasyr ayat 22).

 


 

1.3            Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Quran, iaitu satu aqidah tentang al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan.

 

1.4            Aqidah al-Imamah dan al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'asum serta wajib ditaati.

 

1.5            Aqidah Takfir as-Sahabah, iaitu satu aqidah yang mengkafirkan kebanyakkan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang dari mereka sahaja.

 

1.6            Ar-Raj'ah iaitu satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka.

 

---------------------------
Sumber > http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/syiah/bahayasyiah.htm#1._______BAHAYANYA_KEPADA_AQIDAH_


__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Kickstart

Sign up today!

Be a career mentor

for undergrads.

Special K Group

on Yahoo! Groups

Join the challenge

and lose weight.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: