Minggu, 09 Maret 2008

[psikologi_transformatif] BAHAYA SYIAH KEPADA NEGARA

5.                BAHAYANYA KEPADA NEGARA

 

5.1            Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah yang dicetuskan oleh mereka.

 

5.1.1.  Gerakan Ibn Saba' yang mencetuskan huru hara di dalam khilafah Islam di zaman Sayyidina Uthman.

 

5.1.2.  Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin dan sebagainya.

 

5.2            Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau membuka jalan kepada musuh-musuh Islam.

 

5.2.1    Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun 656 H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. (Hasyiah al-Muntaqa, Muhibbudin al-Khatib Hal: 20, Ibn Qayyim jilid 2 Hal: 263, Ighasatu al-Bahfan al-Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3 Hal : 200-266).

Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. (al-Hukumah al-Islamiah, Hal: 128).

 

5.2.2    Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan ahli Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bernama 'Izalatu al-Khafa' untuk menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para Khulafa ar-Rasyidin.

Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin Syiah yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.

 

5.3            Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh dipandang kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai tokoh-tokoh dan ulamak-ulamak Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu agama seperti Imam Tarmidzi, Imam Abu Daud, Imam Razi dan lain-lain lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana pengetahuan penganut-penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh kebendaan dan dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran telah bertukar menjadi negara Syiah.

 

Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah. Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah Islam yang dianuti mereka.

 

5.4            Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.

 

5.5            Sesebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah kerana agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.

 

5.5.1  Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada amalan-amalan bidaah.

 

5.5.2  Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan terhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat kunjungan ialah Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang seperti Syah Ismail Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpin-pemimpin mereka menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat – Hyderabad, Muharram 1389H).

 

5.6            Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih' merupakan kuasa ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana ketentuan Syariat.

 

5.6.1    Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.

Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah tidak sah mengikut Syiah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang benar.

Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq). Beliau berkata: "Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan al-Qaain adalah thaghut yang disembah." (ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12 Hal: 295)

Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di dalam syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara syarah al-Kafi yang terpilih menulis; "Walaupun orang menjulang itu menyeru kepada kebenaran".

(Syarah al-Kafi, Jilid 12 Hal:371)

 

5.6.2    Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang tidak kunjung datangnya. (Lihat al-Hukumat al-Islamiah, Hal: 74)

 

5.6.3    Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran, Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran "Kayhan Bil: 182", yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk, "Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau merobohkannya dan kerajaan lebih utama dari sembahyang".

Dalam surat itu Khomeini menulis:

"Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah s.a.w. yang lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan haji.

Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-kepentingan Islam.

Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam yang penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak". (Dipetik dari al-Murtadha, Hal: 249).


------------------------
sumber > http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/syiah/bahayasyiah.htm#5.________________BAHAYANYA_KEPADA_NEGARA

__._,_.___
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Kickstart

Sign up today!

Reconnect with

college alumni.

Y! Messenger

Send pics quick

Share photos while

you IM friends.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

.

__,_._,___

Tidak ada komentar: